Tuesday, August 31, 2010

IFTAR RAMADHAN DI RESTORAN TUPAI-TUPAI



Salam PERSIS86,
Pada 28/08/2010, PERSIS86 sekali lagi berjaya mengumpulkan rakan-rakan dalam majlis berbuka puasa di Restoran Tupai-Tupai. Alhamdulillah, seramai 14 orang rakan-rakan berjaya menghadirkan diri dan yang paling membanggakan apabila Saudara Rafi datang menaiki bas dari Ipoh semata-mata untuk menghadiri dan memeriahkan majlis..tahniah Rafi.

Saksikanlah gambar-gambar dan video ini yang diambil dan diupload semata-mata untuk menjeleskan rakan-rakan yang tak dapat hadir..heh
Dari kiri belakang: Lan, Daud, Tuah, hadi, Rafi, Amer, Ainal, Nope
Dari kiri depan: Pijoi, Azam, Amy, Haizan, Ca'a, Peru
z (tiada dalam gambar..balik awal)



Saudara Rafi

Makan tak abih lagi..sibuk nk amik video





Sampaikan Adilfitri PERSIS86

Jazakallah..

Pelancaran Logo Rasmi PERSIS86


Salam PERSIS86,

Pelancaran logo PERSIS86 telah selamat dirasmikan oleh Us
taz Nasar bin Kordi ketika majlis penutupan simposium yang diadakan baru-baru ini....



Moto dan Logo telah menceritakan segala-galanya...Alhamdulillah..

Jazakallah

Saturday, August 21, 2010

Simposium Kecemerlangan Pelajar SISTA II

Salam PERSIS86,

Pada 17hb - 18hb Julai 2010, sekali lagi PERSIS86 telah berjaya menganjurkan Simposium Kecemerlangan khas untuk pelajar-pelajar SISTA yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini.
Terharu sungguh dengan sambutan rakan-rakan semua. kami bermalam di Sekolah Izzudin. bertempat di asrama blok baru mengembalikan nostalgia kepada kami semua. Tanpa menghiraukan status kerja masing-masing, kami bersama-sama tidur di atas tilam dan bantal yang tidak seempuk di rumah...namun demi mengeratkan persahabatan..semua itu dilupakan.
Pada 16hb Julai, kami mendaftarkan diri di SIS dan selepas Asar perlawanan bolasepak persahabatan bersama pasukan SIS bawah 18 telah diadakan di padang SIS. Disebabkan keadaan perut dan stamina rakan-rakan yang tidak ketentuan..maka PERSIS86 telah tewas 2-0 di mana kedua-dua dijaringkan dalam separuh masa kedua.
Selesai makan malam di dewan makan yang penuh sejarah..kami telah berangkat ke INTIM untuk menyediakan tempat simposium dijalankan dan memastikan semuanya dalam keadaan teratur. Disusuli dengan 'supper' di kedai mamak di kawasan Ipoh. Terima kasih kepada saudara Harusin kerana membelanja kami semua (ari tu di Taiping pon dia jugak belanja..heh)

Bersarapan sebelum Simposium bermula

Dr Shukri penceramah jemputan

Dan kami jgau berasa sungguh berbangga dengan kehadiran dua rakan yang telah lama menghilang tetapi muncul di dalam program ini...tahniah sekali lagi PERSIS86!!!

RAFI & SUBHI

PERSIS86 mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di Ipoh kerana telah bekerja keras siang dan malam bagi menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala masa dan tenaga yang dicurahkan...amin

Jazakallah..



AGM 2010 & Bowling

Salam PERSIS86,PERSIS86 telah berjaya mengadakan AGM 2010 pada 6hb Februari 2010 bertempat di Summit Hotel. Selain mengadakan mesyuarat, PERSIS86 jugak berkesempatan menganjurkan perlawanan bowling persahabatan di antara rakan-rakan..jom kita tengok gambar-gambar dan aksi rakan-rakan...
MesyuaratDengan Lafaz Bismillah..
Disudahi dengan Alhamdulillah
Saudara Judin sedang memanaskan badan sebelum acara bowling (sama jer cara macam nak fly malam)
Shalin Zulkifli ajar camni..ada sesap nak lawan team kami??

Tahniah PERSIS86...Jazakallah..

Majlis Perkahwinan Rakan-Rakan PERSIS86

Salam PERSIS,

Alhamdulillah...akhirnya sampai jugk jodoh rakan-rakan kita di PERSIS86 untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangan masing-masing walaupun agak lewat..

Antara mereka yang telah selamat bernikah ialah:-

1. Ahmad Syahruddin vs (nanti aku update nama pasangan)

diikuti rapat oleh

2. Norhisyam Asmawi vs Nor Roszana

dan tak jauh ketinggalan

3. Yusnil Hadi Yahaya vs Noor Haslina

Tahniah diucapkan dan kami di PERSIS86 mendoakan agar rakan-rakan lain juga cepat bertemu jodoh (yang single la..yg dh menikah jangan dok menggatal)

Jazakallah..(gambar-gambar akan diupload kemudian)

Monday, December 21, 2009

Meraikan Kepulangan Saudara Haizan

Assalamualaikum wrt...

Mintak maaf ler lambat upload gambar. Masalahnya bila ada gathering camni..ramai yang bawak camera tapi sorang pon tak email kat aku untuk aku upload..keh keh..ni pon aku curi kat dalam FB. So..cerita ni pon dah lama dah..meraikan kepulangan Haizan ker tanahair. Kitorang pun melepak ler kt Restoran Pelita Ampang..jom layan..



Gambar Lama Kita