Kepada semua kawan-kawanku..
Alhamdulillah..ini ialah blog persatuan kita yg pertama yang dapat aku 'contribute' untuk persatuan kita. Dengan adanya blog ini, segala aktiviti persatuan dan berita-berita terkini dapat kita memorikan melalui blog ini. Diharap rakan-rakan semua dapat mengirimkan apa jua gambar, video, cerita atau aktiviti terkini untuk aku muatkan dalam blog ini jika ada kelapangan.
Selagi wujudnya blog ini, selagi tu lah kita dapat mengenang dan mungkin bercerita dengan anak-anak tentang kehidupan kita serta rakan kita sepanjang berada di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh dan kehidupan kita selepas alam persekolahan. Mungkin kita dapat menunjukkan pada anak-anak betapa SIS telah berjaya menguatkan ikatan persahabatan antara kita semua sehinggakan tali persahabatan tidak terputus selepas kita semua meninggalkan alam persekolahan.
Tahniah untuk Persatuan SIS 86 (PERSIS86)

No comments:
Post a Comment