Sunday, November 4, 2007

Samhuri Azmi Ditimpa Kemalangan Jalan Raya

Pada 27 Okt lalu lebih kurang jam 5 pm sahabat kita Samhuri Azmi sekeluarga telah ditimpa kemalangan jalan raya. Lokasi kemalangan ialah 150 meter dari susur keluar ke tol Rawang. Dia sekeluarga pergi beraya di rumah abang iparnya di Bandar Tasik Putri.

Pada ketika itu trafik agak sesak.Melalui cermin belakang tiba-tiba Samhuri nampak sebuah lori meluru dengan lajunya. Dia telah mengambil tindakan untuk mengelak dan bergerak ke arah kanan jalan namun tetap kena hentam dengan lori tu jugak. Keretanya kena hentam teruk di sebelah kiri dan terseret sampai ke pembahagi jalan dan berpusing ke arah bertentangan.

Keretanya depan belakang remuk. Lori yang hentam kereta dia bukan setakat habis cerita kat situ aje tapi dia turut menghentam sebuah lagi lori di hadapan. Anak-anak Samhuri luka ringan tapi isterinya pengsan kerana hentaman kuat di kepala.

Kini Samhuri telah keluar dari hospital tapi belum lagi boleh berdiri dengan stabil. Badan masih lagi sakit-sakit katanya dan dia masih gayat. Anak-anaknya di Ipoh katanya. Isterinya masih lagi di Ampang Puteri Medical Centre.

Dia pohon maaf kerana tak dapat hadir aktiviti kita di Melaka. Pada aku dia seorang ahli yang setia. Jarang sekali dia tak join aktiviti kita cuma kali ini keadaan tak mengizinkan. Kepada Samhuri sekeluarga, aku doakan agar anda segera sembuh dan kembali ceria seperti biasa. We miss u so much.


Bye.


Nor Mazlan
Kajang

1 comment:

Idham said...

kesiannya...tersentuh ati aku dan beri sedikit kesedaran supaya hati2 kat jalan raya...http://cat-world.50webs.com