Salam,
Bersyukur ke hadhrat Allah yang amat sangat, akhirnya aktiviti kita di Teluk Senangin berjaya dilangsungkan dengan kehadiran seramai 17 orang. Mereka ialah :
1. Dr. Mohd Amy Azhar
2. Dr. Zulkifli
3. Noor Hakimi
4. Nor Mazlan
5. Yusaini
6. Muhammad Hafizul Feisal
7. Mohd Nahzan
8. Ahmad Syaharuddin
9. Hairul Azam
10. Shahrul Amali
11. Hussin
12. Ahmad Afendi
13. Shukri
14. Harusin
15. Norhisyam Asmawi
16. Yusuf Muhamad Aini
17. Atfan
Group pertama sampai di chalet milik Ustaz Mohd pada 16 Ogos lalu ialah aku, Hakimi dan Yusaini. Kawan-kawan yang lain sampai lewat sikit. Dalam jam 3pm gitu. Ustaz Mohd jamu kita orang makan tengah hari walau tiada di dalam kontrak. Aku memang lapar pun. Balun aje lah......
Sebelah petang bila semua dah ada, kami main futsal. Silih berganti sebanyak 3 padang. Memang hebat kawan-kawan kita ni.
Solat Maghrib kita berjemaah. Tiba-tiba blackout dan generator pun tak boleh harap. So kitaorang solat jemaah dan tazkirah pun dalam gelap. Memang penuh dengan memori yang sungguh manis walau fasiliti yang ada amat terhad. Presiden paling lewat sampai hari tu tapi kita kena tabik kat Ca'a jugak walaupun dia tak sihat hari Sabtu tu tapi Ahad dia datang semata-mata untuk meeting..... ......Saaroni tak tau kenapa tak datang. Faizol Labi alih-alih nak bawak family lak tai pukul 6pm masih kat Grik lagi........ ..sudahnya tak datang...... ......Yusri Kamaruddin dan Halid Osman menarik diri di saat-saat akhir......
Sementara menunggu solat Isyak ada sessi takruf antara kami dengan Ustaz Mohd........ Enjoy.... .....Lepas solat Isyak kita orang lepas-lepak. Lepas tu Ustaz Mohd ajak memukat di laut. Air masa tu nak pasang. Sebilangan sahaja yang pergi. Pengalaman manis aku memukat di laut ketika air pasang. Seram pun ada seronok pun ada tapi pengalaman ini amat manis buat aku dan kitaorang. Dapat ikan banyak pulak tu. Ada ikan yang aku tak pernah jumpa pun ada.
Jam dah 1.30 pagi. Elektrik baru ada. Aku mandi dan rasa mengantuk. Aku pun tidur. Kawan-kawan yang lain layan sembang sambil bakar ikan sampai pagi. Memang best gila........ .
Solat Subuh berjemaah. Ustaz Mohd azan dan kejut kan kita orang. Macam kat SIS daaaa....... ...
Lepas sarapan kita orang mesyuarat sampa jam 11 gitu. Dalam jam 12 lebih kita orang tinggalkan chalet Ustaz Mohd dengan seribu kenangan indah. Kutipan daripada aktiviti ini ialah RM1,080. Bayar kat Ustaz Mohd RM700 dan profit untuk persatuan RM380....... ....Kita pun ada bagi cenderamata kat Ustaz Mohd.
hasil sumbangan Normazlan Yunus
Apa kata kawan-kawan lain...?? Kita ikuti wawancara wartawan PERSIS..
NAHZAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah program teluk senangin berjaya juga dijalankan.
Seperti apa yang Lan nyatakan,aku 100% setuju bahawa program ini adalah antara yang menarik dalam banyak2 program kita sebelum ni. Kalau tak dapat 5 bintang pun,aku setuju untuk 4 bintang. Walaupun kehadirannya 17 orang dan ada yang tarik diri di saat2 akhir,tapi dengan aktiviti2 yang dijalankan dalam suasana penuh kesederhanaan dan pengalaman2 baru yang dikecapi memang amat menyeronokkan. Tak tahulah kalau2 ada dikalangan yang hadir kata tak best,tapi pada aku program kali ni memang best gile.Saat2 bermain futsal dengan korang dan makan ikan bakar sampai pukul 3 pagi tu memang amat menyeronokkan. Semua yang datang nampaknya begitu akrab dan mesra.Dapat tido 4-5 dalam satu chalet dalam keadaan yang sederhana,kedudukan chalet yang dekat2 antara satu sama lain,tido pun takpayah tutup tingkap dan pintu dan dapat berbual dan melawak dengan penuh kemesraan. Sebenarny a aku rasa tak puas dan rasa macam malas lagi nak berpisah dengan kengkawan semua tapi apa boleh buat setiap pertemuan telah ditetapkan oleh Allah Taala,pasti akan menemui titik perpisahan. Untuk semua rakan2 yang hadir "Korang memang best laa..." dan kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir "Bukalah minda anda dan cubalah luangkan masa untuk sama2 sertai program2 akan datang,kerana terdapat seribu nikmat dan kepuasan jiwa yang tidak mampu dihuraikan dengan kata2 kecuali dengan hati,minda dan perasaan" Sekian....Bestnye. ......... ...
AZAM
mula2 sampai rasa mcm ok je tempatnya, bila mlm mula menjelma, rasa mcm x best plak, sbb api xde, ustaz mat kata kabel kt area tu kena curi, TNB tgh perbaiki, tp sampai ke sudah..... akhirnya pakai generator, tp lps solat magrib, ada sesi taaruf dan tazkirah oleh ust mat dlm gelap yg disinari sebatang lilin dan sebuah torchlight, masatu baru dtg keseronokannya, ye lah masa tu lg mesra dan rapat rasanya dgn kengkawan, lps balun dinner (sedap btul bini ust mat masak kan!!),mula rasa bengang sbb ada mamat yg janji nk bawak ayam utk bbq x dtg,tp xpe, kitorang lepak sembang2, pas tu dlm kul 11.30 aku dh ngantuk giler, tp ust mat ajak g memukat ikan, yg ikut: aku, lan, pijoi, tepan, zul arif, ucop & kimi, yg lain sumer keluar dh pegi skodeng le, pekena roti canai le, tp bila dh masuk dlm laut, ilang ngantuk, syok pulak tarik pukat, dpt byk ikan, 3 kali kami turun laut tarik pukat, dasyat betul ilmu laut ust mat,penuh 1 tong ikan, mlm tu jugak dlm kul 1.30 bakar ikan yg dibakar oleh rakan2 yg keluar skodeng spt usin dan nahzan, yg lain tolong balun je memang best giler program kali ni, lain dr yg lain, aku xkan lupakan program ni, mana nk dpt peluang memukat ikan lg, tq semua, tq ust mat n family..oh ye, sebelum lupa, pertandingan futsal pantai antara team ipoh dan team luar ipoh tlh dimenangi oleh team luar ipoh, cayalah, team ipoh sembang je lebih, pigi dah, naha..apsal berita ni hang x tulih? lupa ye...keh keh
KIMI
Assalamualaikum Aku bersyukur sekali bila program di teluk senangin telah berakhir. Walaupun dalam serba kekurangan, aku berterima kasih kepada kawan2 semua kerana aku langsung tak dengar rungutan, bahkan korang seronok aje dengar labon cuki, fendi, hussin dll. (Aku tak tau le kot ade yg merungut). Mmg program ni mengingatkan aku pada SIS. Tambahan pula bila dengar ust. Mohammad kejut subuh. Bila kita buat sessi re-taaruf pada ustaz Mohammad tu, macam waktu usrah form 1 pulak, tapi malam tu Amy tak le nampak besar sangat macam waktu kita semua form 1.Lepas memukat, bila sama2 mandi kat bilik mandi tu, mmg teringat habis kat bilik mandi Blok A,B,C & D hostel SIS. Aku mohon maaf andai program kali ni gagal mengikut atucara yang sepatutnya, dan kelemahan dalam mendapatkan penyertaan lebih ramai. Aku juga minta maaf sebab ramai yang tidur tak berkipas, bantal selimut dll. Tapi aku rasa mungkin ramai yang rasa puas disebalik kekurangan tersebut, kerana di setiap kekurangan pasti ada kelebihannya.
PIJOI
Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kawan-kawan di Ipoh yang telah berusaha keras menjadikan program kitani suatu realiti. Dan kepada yang lain-lain juga kerana memberikan sambutan yang baik.Memang best, puas, happening walaupun dalam 1001 macam kekurangan dankepenatan... ...sampai ari ni pun belum abih penatnya.. Yang paling best memukat ikan malam minggu tu. Baru aku tau betapa payahnya hidup sebagai nelayan, nak tarik pukat tak larat.apa-apa pun tahniah. Jumpa lagi
Mali
best gak wpun aku tido awl. Joey lain kali kita konvoi. Gua dah ready. Helmet pesan kat sham asmawi bil dia g jepun nanti...
DAUD
Aku tak bley pegi la..akaun persatuan aku tak siap lagi..tak pasal2 kena gayong ngn Lan kang..dah..jgn interview aku..aku nak buat kerja nih..