Tuesday, November 20, 2007

Monday, November 19, 2007

Majlis Rumah Terbuka Aidilfirtri & Hari Keluarga Persis86 (Part 2)



































Meriah betul la pasangan-pasangan kita nih...tahniah PERSIS86!!

Majlis Rumah Terbuka Aidilfirtri & Hari Keluarga Persis86 (Part 1)

Assalamualaikum kawan-kawan,
PERSIS86 telah berjaya mengadakan satu lagi acara tahunan iaitu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Hari Keluarga di Melaka pada 10 & 11 November 2007. Banyak acara telah dijalankan sepanjang kita semua berada di sana. Hasil sumbangan saudara kita Ca'a, ini adalah antara gambar-gambar serta video yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tak dapat menyertai acara kita pada kali ini...saksikanlah ya..




Acara Menyondol Belon Oleh Bapak-Bapak Budak..




Pijoi bersama anaknya..(yang penting muscle tuh)











Orang kuat persatuan bersama anak-anak..






Nope dengan anaknya..




Tak tau ler apa yang cuba ditayang
oleh Daud (dia ni ada kedai DIY sendiri nih)

















Agak-agak ler sama bro kalo nak main benda tuh..






"Aku anjur acara untuk budak-budak pun
tak susah camni..tahun depan tak nak ler dah.."







"Kalo ler kat Hutan Melintang ada tempat camni..uhhh"








Kitaorang ada 16 orang yang macho camni..so?? ada brani??



Sunday, November 4, 2007

Samhuri Azmi Ditimpa Kemalangan Jalan Raya

Pada 27 Okt lalu lebih kurang jam 5 pm sahabat kita Samhuri Azmi sekeluarga telah ditimpa kemalangan jalan raya. Lokasi kemalangan ialah 150 meter dari susur keluar ke tol Rawang. Dia sekeluarga pergi beraya di rumah abang iparnya di Bandar Tasik Putri.

Pada ketika itu trafik agak sesak.Melalui cermin belakang tiba-tiba Samhuri nampak sebuah lori meluru dengan lajunya. Dia telah mengambil tindakan untuk mengelak dan bergerak ke arah kanan jalan namun tetap kena hentam dengan lori tu jugak. Keretanya kena hentam teruk di sebelah kiri dan terseret sampai ke pembahagi jalan dan berpusing ke arah bertentangan.

Keretanya depan belakang remuk. Lori yang hentam kereta dia bukan setakat habis cerita kat situ aje tapi dia turut menghentam sebuah lagi lori di hadapan. Anak-anak Samhuri luka ringan tapi isterinya pengsan kerana hentaman kuat di kepala.

Kini Samhuri telah keluar dari hospital tapi belum lagi boleh berdiri dengan stabil. Badan masih lagi sakit-sakit katanya dan dia masih gayat. Anak-anaknya di Ipoh katanya. Isterinya masih lagi di Ampang Puteri Medical Centre.

Dia pohon maaf kerana tak dapat hadir aktiviti kita di Melaka. Pada aku dia seorang ahli yang setia. Jarang sekali dia tak join aktiviti kita cuma kali ini keadaan tak mengizinkan. Kepada Samhuri sekeluarga, aku doakan agar anda segera sembuh dan kembali ceria seperti biasa. We miss u so much.


Bye.


Nor Mazlan
Kajang

Friday, November 2, 2007

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Kepada semua kawan-kawanku..

Alhamdulillah..ini ialah blog persatuan kita yg pertama yang dapat aku 'contribute' untuk persatuan kita. Dengan adanya blog ini, segala aktiviti persatuan dan berita-berita terkini dapat kita memorikan melalui blog ini. Diharap rakan-rakan semua dapat mengirimkan apa jua gambar, video, cerita atau aktiviti terkini untuk aku muatkan dalam blog ini jika ada kelapangan.

Selagi wujudnya blog ini, selagi tu lah kita dapat mengenang dan mungkin bercerita dengan anak-anak tentang kehidupan kita serta rakan kita sepanjang berada di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh dan kehidupan kita selepas alam persekolahan. Mungkin kita dapat menunjukkan pada anak-anak betapa SIS telah berjaya menguatkan ikatan persahabatan antara kita semua sehinggakan tali persahabatan tidak terputus selepas kita semua meninggalkan alam persekolahan.



Tahniah untuk Persatuan SIS 86 (PERSIS86)